25
Jul
09

Salam….dari dapur Taman Beringin

counter

25
Feb
12

Laksa Johor …ooops laksa Taman Berinign

Niat hati nak masak laksa Johor…tapi takut lak orang Johor marah sebab telah diubahsuai nak mudah :) . Ikan pun ikan sardin dalam tin jer yang diguna…ni ilmu yang diperolehi masa belajar kat negara yang tak banyak ikan dijual dengan murah. Rasanya sedap gak….cuba la buat. Nak pakai ikan segar pun boleh sangat-sangat. Blend ikan dan bawang. Blend gak sedikit udang kering. Tumis rempah kari dan udang kering yang diblend….bila rempahnya dah mati, masukkan ikan dan bawang yang diblend tadi. Biar jer atas dapur….masukkan serai, halia, lengkuas yang diketuk. Asam jawa dan santan, juga daun kesom, bunga kantan juga dimasukkan….Sedap baunya. Tambah garam secukup rasa.
Sambil tunggu kuah dimasak, boleh la sedia ulam-ulamnya hirisan kacang panjang, bawang besar, bunga kantan. Taugeh pun dijadikan ulamnya. Cili diblend dengan garam disediakan untuk yang suka pedas. Ikut orang Johor, rebus la spaghetti.

25
Feb
12

Sotong Goreng Asam Kunyit

Untuk menjadikan sotong goreng garing, sebelum digoreng keringkan airnya dengan memasaknya. Masukkan sotong dalam periuk bersama dengan asam perah (lagi senang guna asam adabi yang dah ready diguna, sedikit serbuk kunyit dan garam (tak perlu masukkan air). Biarkan di atas dapur sehingga kering airnya.
Tiba masanya untuk menggoreng…. masukkan minyak dalam kuali dan terus masukkan sotong tadi. Agak mencabar sebab kemungkinan akan berlaku letupan. Jadi untuk keselamatan, gunakan tudung untuk menutup kuali. Agak-agak 3-5 minit, tutup api, tunggu sekejap, buka tudung untuk mengalih sotong. Lakukan beberapa kali sehingga sotong ni garing…taburkan serbuk lada hitam dan hirisan daun bawang. Yummy yummy…memang enak sangat.

25
Feb
12

Nasi Kacang

Bahannya...

Dah semestinya nak masak nasi kena bermula dengan beras. Caranya sama jer dengan masak nasi lemak…nak lemakkannya kita perlu santan. Nak semerbakkan keharumannya….kita masukkan hirisan halia dan bawang besar. Nak best lagi masukkan serai yang diketuk dan daun pandan yang disimpulkan. Serbuk jintan manis dan juga rempah kasar seperti buah pelaga dan cengkeh pun boleh menambah keharumannya. Nak jadikan nasi kacang lak….tambah sedikit kacang dal (tak perlu direndam pun) dan nak jadikannya warna kekuningan, tambah sedikit serbuk kunyit….kerabat raja pun suka sebab warnanya:)..Oooop garam jangan lupa ya….masukkan semuanya serentak. Tak payah cari kayu api untuk tanak nasi ni….guna jer rice cooker yang ada.

Dah masak...

20120225-133447.jpg

Sedap dimakan dengan sambal ikan bilis....

11
Aug
10

Ketupat pulut berkacang

Jelas daripada namanya “Ketupat pulut berkacang”  bahan utamanya pulut dan kacang. Kacang yang diguna di sini orang Penang panggil kacang duduk, ntah dari mana datangnya nama kacang duduk ni..ramai gak yang tak tahu pasal kacang ni. Pulut dan kacang yang telah dibasuh bersih dimasukkan dalam periuk dan dimasakkan di atas dapur bersama  daun pandan, santan dan sedikit garam. Daun pandan tu dikoyak-koyak dan disimpul dan dicampak ke dalam periuk sempena aromanya.  Santan dan garam yang cukup akan menjadikan ketupat ini lemak dan berasa sedap :)   Kacau atas dapur hingga pulutnya separuh masak.

Daun palas elokla dibuka awal untuk memudahkan kerja membalut ketupat..tanpa pulutnya bentukkan seperti ketupat. Bila pulut tadi dah siap dimasak, boleh la mula membalutnya. Lihat gambar-gambar cara bagaimana nak membalut ketupat. Kalau pandai hasilkan ketupat “betina’ hehehe yg  “jantan” tak baper lawa jadinya.:)). Sebenarnya jantan atau betina adalah finishing balutannya. Jangan lupa simpulkan di bawah balutannya. Susah gak nak terangkan di sini…kalau tak faham kena datang berguru lah.

Dah siap, boleh la rebuskan ketupat ini….biar lama lebih kurang 3 jam atau lebih pun tak pa. Kalau santan dan garamnya cukup, tanpa rendang pun ketupat ni dah sedap dimakan.

24
Oct
09

Salad buah

DSCN5091DSCN5093DSCN5092DSCN5099

Sedapnya bila teringat salad buah ni. Susu pekat manis campur dengan soft cheese diblend supaya sebati. Dah tu buah-buahan pilihan dipotong dadu dan digaul bersama adunan yg telah diblend tadi. Biar ada buah yang manis dan masam.Cadangan buah – epal hijau dan merah, pear, strawberry dan fruit coktail yg dijual dalam tin. Seeloknya makan selepas dikeluarkan dari peti sejuk. Bila sejuk baru la best rasanya.
05092009322

21
Oct
09

Masalode

Resepi ni tak sebiji macam yang biasanya dibuat orang lain. Dah diubah sikit mengikut selera sendiri. Kacang dal atau orang Penang panggil kacang parpu direndam. Rendam 1/2 jam pun dah okay atau nak lama lagi semalaman, hehehe. Dah kembang kacang tu, blend bersama cili (cili kering boleh, cili merah boleh, nak guna cili api pun boleh gak). Blend kacang tu tanpa guna air…biar ada gak yang tak terlalu lumat atau tak berapa hancur. Hirisan bawang (bentuk dadu), hirisan daun kari, sedikit jintan manis yang sudah ditumbuk  lumat (atau boleh jer serbuk jintan manis) dan garam digaulkan bersama kacang dal yang telah diblend tadi. Untuk lebih menyedapkan lagi masukkan la udang hidup. Setalah digaul rata, bentukkan bahan-bahan tu bulat2 tapi leper…. Apalagi, lepas ni boleh digoreng. Janganla kasar sangat semasa menggorengnya…karang bercerai bahan2 tu

06
Oct
09

Spaghetti

DSCN4486page8

Ni menu kegemaran…senang nak di buat sebab guna jer sos yang ada dijual dipasaran. Nak ikut selera orang melayu, mulakan dengan tumiskan cili. Dah tu masukkan ground meat yang dah ready dijual, kalau dah tak rajin nak proses sendiri. Apa pun yang mudahkan kita.  Masukkan vege pilihan sendiri-carrot, capsicum, mushrom, dan jugak sosnya. Kalau nak tambah serbuk dan biji lada hitam, oregano dan basil pun boleh gak. Sos ni kalau lama dimasak akan hilang kemasamannya, jadi masak jgn terlalu cepat dan terlalu lama.

06
Oct
09

Meesua bertelur

Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih...

Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih...

Sesuai dijadikan lauk di waktu malas-malas…malas nak keluar makan diluar, malas nak masak susah-susah. Jadi masak jer la meesua ni …mudah sangat dan rasanya boleh tahan dan menyelerakan gak. Jom tengok macam mana nak masaknya…
 

Tak ramai yg tahu...ni la meesua

Tak ramai yg tahu...ni la meesua

Tomes bawang kecil yang dihiris sehingga garing sikit dan wangi baunya

Tomes bawang kecil yang dihiris sehingga garing sikit dan wangi baunya

Masukkan air dan biarkan mendidih.

Masukkan air dan biarkan mendidih.

Masukkan hirisan tomato dan elok dibiarkan sekejap. Best gak kuah  bercampur jus tomato.

Masukkan hirisan tomato dan elok dibiarkan sekejap. Best gak kuah bercampur jus tomato.

Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Elok tak yah hancurkan telur tu.

Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Elok tak yah hancurkan telur tu.

Untuk berperisa, tambah serbuk lada hitam. dan garam. Bila dah mendidih, boleh la masukkan meesua. Jgn dibiar lama sangat atas dapur, bimbang meesua tu kembang sgt.

Untuk berperisa, tambah serbuk lada hitam. dan garam. Bila dah mendidih, boleh la masukkan meesua. Jgn dibiar lama sangat atas dapur, bimbang meesua tu kembang sgt.

01
Oct
09

Daging masak mamak

sept09 039sept09 042sept09 045sept09 046sept09 049sept09 055

Rebus cili kering yang dah diblend bersama daging, serai dan halia yang diketuk, dan bawang besar yang dihiris. Serbuk kunyit dan jintan manis boleh ditambah sikit. Cili hijau elok dimasukkan untuk  mewangikan masakan. Garam dah memang wajibla. Rebus biar lama sikit hingga lembut daging tu. Tumis minyak dalam kuali bersama hirisan bawang besar dan daun kari. Dah tu masukkan daging yang dah dimasak tadi, dan akhirnya tambah asam jawa dan sedikit kicap.

01
Oct
09

Kari daging

30
Sep
09

Acar Timun Bercili

Kalau dah kekeringan idea nak masak sayur, hiris jer timun dan jugak bawang besaq.  Masukkan cabai hidup yang diblend. Nak guna sambal belacan yang sedia ada pun boleh gak (kalau ada la). Tambahkan sedikit gula dan garam, jugak sedikit asam jawa. Gaul-gaulkan sebelum siap dihidang.

28
Aug
09

Kobis masak air

Tumiskan bawang putih (petua baru: elok dimakan waktu wabak H1N1), bawang kecil. Masukkan cili merah yg dihiris dan sedikit udang. Agak-agak sesuai, masukkan air dan kemudiannya masukkan tomato dan garam. Bila dah mendidih masukkan sayur yang telah dihirs.Biarkan sekejap tapi jangan layu sangat.

28
Aug
09

Sandwich Keju

22
Aug
09

Kangkung goreng belacan

Bermula dgn panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili merah, bawang kecil dan belacan bakar yang diblend.Masukkan sedikit garam. Lps tu masukkan kangkung (eloknya masukkan batang-batang nya dulu). Kacau-kacaunya dan kemudian masukkan kicap dan sedikit air masak. Jgn smpi layu sangat …

22
Aug
09

Kari ikan

Untuk menumis kari, panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bawang putih dan bawang kecil yang dihiris, kemudian halba campur dan juga daun kari. Bila dah kekuningan (masa ni baunya sgt la harum), masukkan rempah kari. Biar smpi garing atau mati rempahnya. Dah kering tu masukkla air, jgn dibiar sampai hangit lak. Masukkan bawang besar dan tomato yang dihiris.Nak harumkan lagi kari, masukkan cili hijau. Tak perlu dihiris. Biar seketika, masukkan santan. Sekarang dah tak susah, beli jer santan pekat. Tak payah lagi nak perah kelapa untuk dapatkan santan. Rasa-rasanya 2 atau 3 tahun lagi, anak-anak dah tak tau santan tu mai dari mana. Kari ikan ni sedap dan tak jemu klu asam jawa dibubuh lebih sikit, biar ada kemasamannya. Garam jgn lupa lak. Dah didih kuah tu, masukkan ikan. Kemudian sekali bendi dan tomato boleh la ditambah dalam kari.

22
Aug
09

Ikan geruk masak cabai

Ikan yang dah dibasuh bersih digaulkan garam dan kunyit untuk digoreng. Dah siap goreng ikan tu, tumis cili kering yang diblend pula. Biar tumisan dimasak betul-betul. Kata orangtua kalau tak masak betul, rasa cili tak mati. Masukkan sidikit jer asam jawa, garam dan sedikit gula. Bila cili tu dah siap masak elok, masukkan hirisan tomato dan bawang besar diikuti dengan ikan yang telah digoreng tadi.

ikan geruk bersambal dah...

Bila dah siap masak, masyaAllah rasanya tak kurang dan setanding dengan masakan lynda ikan bakar. Sapa lagi nak puji…hehehe

22
Aug
09

Udang goreng bercili

Masak udang ni sedap…tapi perlukan beberapa steps.

22
Aug
09

Kerabu Pegaga

DSCN4129
22
Aug
09

Sotong kicap pedas

Ni satu lagi satu masakan yang sgt simple…
Mulakan dgn panaskan minyak dalam kuali. Dah tu masukkan serentak sotong, serbuk cili, serbuk kunyit, asam jawa dan garam.Senangkan? Tak payah masukkan air sbb nnt air dari sotong tu akn keluar. Agak-agak sotong tu dah masak, masukkan bawang besar yg dihiris dan kicap. Dikacau-kacau….dan kejap lagi siap la tu.

09
Aug
09

Salad Kobis

Sayur kobis, bunga kantan, bawang besar dan  cili merah dihiris halus-halus. Dah tu masukkan air limau (tak yah susah2 guna jer air limau yg siap  dijual dalam botol), gula dan garam. Gaul-gaulkannya…hah dah siap ker?

kobis yg dihiris kobis, bawang, bunga kantan, cili hidup yg dah dihiris+gula+garam+air limau dah siap




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.