Resepi ni tak sebiji macam yang biasanya dibuat orang lain. Dah diubah sikit mengikut selera sendiri. Kacang dal atau orang Penang panggil kacang parpu direndam. Rendam 1/2 jam pun dah okay atau nak lama lagi semalaman, hehehe. Dah kembang kacang tu, blend bersama cili (cili kering boleh, cili merah boleh, nak guna cili api pun boleh gak). Blend kacang tu tanpa guna air…biar ada gak yang tak terlalu lumat atau tak berapa hancur. Hirisan bawang (bentuk dadu), hirisan daun kari, sedikit jintan manis yang sudah ditumbuk lumat (atau boleh jer serbuk jintan manis) dan garam digaulkan bersama kacang dal yang telah diblend tadi. Untuk lebih menyedapkan lagi masukkan la udang hidup. Setalah digaul rata, bentukkan bahan-bahan tu bulat2 tapi leper…. Apalagi, lepas ni boleh digoreng. Janganla kasar sangat semasa menggorengnya…karang bercerai bahan2 tu
21
Oct
09
Masalode
Advertisement








0 Responses to “Masalode”