Jelas daripada namanya “Ketupat pulut berkacang” bahan utamanya pulut dan kacang. Kacang yang diguna di sini orang Penang panggil kacang duduk, ntah dari mana datangnya nama kacang duduk ni..ramai gak yang tak tahu pasal kacang ni. Pulut dan kacang yang telah dibasuh bersih dimasukkan dalam periuk dan dimasakkan di atas dapur bersama daun pandan, santan dan sedikit garam. Daun pandan tu dikoyak-koyak dan disimpul dan dicampak ke dalam periuk sempena aromanya. Santan dan garam yang cukup akan menjadikan ketupat ini lemak dan berasa sedap
Kacau atas dapur hingga pulutnya separuh masak.
Daun palas elokla dibuka awal untuk memudahkan kerja membalut ketupat..tanpa pulutnya bentukkan seperti ketupat. Bila pulut tadi dah siap dimasak, boleh la mula membalutnya. Lihat gambar-gambar cara bagaimana nak membalut ketupat. Kalau pandai hasilkan ketupat “betina’ hehehe yg “jantan” tak baper lawa jadinya.:)). Sebenarnya jantan atau betina adalah finishing balutannya. Jangan lupa simpulkan di bawah balutannya. Susah gak nak terangkan di sini…kalau tak faham kena datang berguru lah.
Dah siap, boleh la rebuskan ketupat ini….biar lama lebih kurang 3 jam atau lebih pun tak pa. Kalau santan dan garamnya cukup, tanpa rendang pun ketupat ni dah sedap dimakan.












0 Responses to “Ketupat pulut berkacang”