25
Jul
09

Salam….dari dapur Taman Beringin

counter

28
Jun
14

Kerang goreng berkicap

Ini hidangan kegemaran anak cucu Mak…😊

Rebus kerang dan buang kulitnya.

Blend cabai+bawang. Seeloknya jangan masuk banyak air dan
blend jangan sampai lumat.

Goreng kerang sampai garing (tutup waktu goreng sebab letupan akan berlaku😃)
Lepas garing, masukkan cabai+bawang yang diblend tadi. Goreng sampai garing.
Kemudian masukkan kicap dan air asam jawa.
Garingkan semula (tambah air supaya basah…)

20140628-130439.jpg
Yummy yummy

28
Jun
14

Pais ikan cincang rebung

Satu lagi hidangan simple tapi menyelerakan…

250gm kelapa parut
2 batang serai
5 biji cabai
Sedikit halia
Sedikit asam jawa
Sedikit garam
3 biji bwg besag
Blend halus semua bhn2 ini

Kemudian gaulkan dengan isi ikan🐟🐟🐟🐟
Bungkus dgn daun pisang/aluminium foil
Bakar atas dapur (letak minyak skit utk elakkan dari melekat).

20140628-141157.jpg

03
May
13

Mee goreng udang basah

Kali ni cuba untuk update blog ini menggunakan iphone…
Di hari pekerja baru-baru ni, sempat ke pasar changlun beli bahan-bahan…

20130503-132828.jpg
Bersihkan udang dan proses kepalanya untuk dapatkan air rebusannya..

20130503-134655.jpg
Sediakan bahan-bahan lain.. Tumis cabai, sediakan bawang goreng dan tahu goreng, potong sayur-sayuran

20130503-154059.jpg

20130503-154325.jpg

<a
Bila dah ready semua ni, bila nak makan cuma perlu gabungkan bahan- bahan ini dalam kuali.. Mulakan dengan masuk cabai yang telah ditumis, air rebusan udang, sos tomoto dan sedikit kicap. Hirisan tomato juga dimasukkan… Biarkan hingga mendidih dan tomatonya hancur untuk menambahkan kesedapan kuahnya.

20130503-155854.jpg

20130503-160113.jpg
Tak perlu masak lama sangat untuk kekalkan kesegaran sayuran dan mee tak la kembang

20130503-160253.jpg

25
Feb
12

Laksa Johor …ooops laksa Taman Berinign

Niat hati nak masak laksa Johor…tapi takut lak orang Johor marah sebab telah diubahsuai nak mudah :). Ikan pun ikan sardin dalam tin jer yang diguna…ni ilmu yang diperolehi masa belajar kat negara yang tak banyak ikan dijual dengan murah. Rasanya sedap gak….cuba la buat. Nak pakai ikan segar pun boleh sangat-sangat. Blend ikan dan bawang. Blend gak sedikit udang kering. Tumis rempah kari dan udang kering yang diblend….bila rempahnya dah mati, masukkan ikan dan bawang yang diblend tadi. Biar jer atas dapur….masukkan serai, halia, lengkuas yang diketuk. Asam jawa dan santan, juga daun kesom, bunga kantan juga dimasukkan….Sedap baunya. Tambah garam secukup rasa.
Sambil tunggu kuah dimasak, boleh la sedia ulam-ulamnya hirisan kacang panjang, bawang besar, bunga kantan. Taugeh pun dijadikan ulamnya. Cili diblend dengan garam disediakan untuk yang suka pedas. Ikut orang Johor, rebus la spaghetti.

25
Feb
12

Sotong Goreng Asam Kunyit

Untuk menjadikan sotong goreng garing, sebelum digoreng keringkan airnya dengan memasaknya. Masukkan sotong dalam periuk bersama dengan asam perah (lagi senang guna asam adabi yang dah ready diguna, sedikit serbuk kunyit dan garam (tak perlu masukkan air). Biarkan di atas dapur sehingga kering airnya.
Tiba masanya untuk menggoreng…. masukkan minyak dalam kuali dan terus masukkan sotong tadi. Agak mencabar sebab kemungkinan akan berlaku letupan. Jadi untuk keselamatan, gunakan tudung untuk menutup kuali. Agak-agak 3-5 minit, tutup api, tunggu sekejap, buka tudung untuk mengalih sotong. Lakukan beberapa kali sehingga sotong ni garing…taburkan serbuk lada hitam dan hirisan daun bawang. Yummy yummy…memang enak sangat.

25
Feb
12

Nasi Kacang

Bahannya...

Dah semestinya nak masak nasi kena bermula dengan beras. Caranya sama jer dengan masak nasi lemak…nak lemakkannya kita perlu santan. Nak semerbakkan keharumannya….kita masukkan hirisan halia dan bawang besar. Nak best lagi masukkan serai yang diketuk dan daun pandan yang disimpulkan. Serbuk jintan manis dan juga rempah kasar seperti buah pelaga dan cengkeh pun boleh menambah keharumannya. Nak jadikan nasi kacang lak….tambah sedikit kacang dal (tak perlu direndam pun) dan nak jadikannya warna kekuningan, tambah sedikit serbuk kunyit….kerabat raja pun suka sebab warnanya:)..Oooop garam jangan lupa ya….masukkan semuanya serentak. Tak payah cari kayu api untuk tanak nasi ni….guna jer rice cooker yang ada.

Dah masak...

20120225-133447.jpg

Sedap dimakan dengan sambal ikan bilis....

11
Aug
10

Ketupat pulut berkacang

Jelas daripada namanya “Ketupat pulut berkacang”  bahan utamanya pulut dan kacang. Kacang yang diguna di sini orang Penang panggil kacang duduk, ntah dari mana datangnya nama kacang duduk ni..ramai gak yang tak tahu pasal kacang ni. Pulut dan kacang yang telah dibasuh bersih dimasukkan dalam periuk dan dimasakkan di atas dapur bersama  daun pandan, santan dan sedikit garam. Daun pandan tu dikoyak-koyak dan disimpul dan dicampak ke dalam periuk sempena aromanya.  Santan dan garam yang cukup akan menjadikan ketupat ini lemak dan berasa sedap :)  Kacau atas dapur hingga pulutnya separuh masak.

Daun palas elokla dibuka awal untuk memudahkan kerja membalut ketupat..tanpa pulutnya bentukkan seperti ketupat. Bila pulut tadi dah siap dimasak, boleh la mula membalutnya. Lihat gambar-gambar cara bagaimana nak membalut ketupat. Kalau pandai hasilkan ketupat “betina’ hehehe yg  “jantan” tak baper lawa jadinya.:)). Sebenarnya jantan atau betina adalah finishing balutannya. Jangan lupa simpulkan di bawah balutannya. Susah gak nak terangkan di sini…kalau tak faham kena datang berguru lah.

Dah siap, boleh la rebuskan ketupat ini….biar lama lebih kurang 3 jam atau lebih pun tak pa. Kalau santan dan garamnya cukup, tanpa rendang pun ketupat ni dah sedap dimakan.




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.