25
Feb
12

Laksa Johor …ooops laksa Taman Berinign

Niat hati nak masak laksa Johor…tapi takut lak orang Johor marah sebab telah diubahsuai nak mudah🙂. Ikan pun ikan sardin dalam tin jer yang diguna…ni ilmu yang diperolehi masa belajar kat negara yang tak banyak ikan dijual dengan murah. Rasanya sedap gak….cuba la buat. Nak pakai ikan segar pun boleh sangat-sangat. Blend ikan dan bawang. Blend gak sedikit udang kering. Tumis rempah kari dan udang kering yang diblend….bila rempahnya dah mati, masukkan ikan dan bawang yang diblend tadi. Biar jer atas dapur….masukkan serai, halia, lengkuas yang diketuk. Asam jawa dan santan, juga daun kesom, bunga kantan juga dimasukkan….Sedap baunya. Tambah garam secukup rasa.
Sambil tunggu kuah dimasak, boleh la sedia ulam-ulamnya hirisan kacang panjang, bawang besar, bunga kantan. Taugeh pun dijadikan ulamnya. Cili diblend dengan garam disediakan untuk yang suka pedas. Ikut orang Johor, rebus la spaghetti.


0 Responses to “Laksa Johor …ooops laksa Taman Berinign”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: